Najib Razak

Публикаций
547
Подписчиков
254,6 тыс
Подписки
25
Сайт:
http://najibrazak.com
Род занятий:
Премьер-министр Малайзии
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Bersatu. Bersetia. Berkhidmat. #PAU2016
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Mohd Salahuddin Saufry pelajar tahun terakhir jurusan undang-undang di Universiti Cardiff di bawah tajaan JPA. Saya gembira melihat anak-anak muda kita, anak-anak Melayu, berpeluang ke luar negara untuk menimba ilmu dan pengalaman. Insya-Allah lepas graduate nanti dapat kembali menjadi mentor kepada yang muda, berkhidmat untuk masyarakat dan negara. Itulah hasrat murni kerajaan dengan penyediaan tajaan sebegini saban tahun kepada anak-anak Malaysia. Saya juga berharap anak muda seperti Salahuddin dapat memainkan peranan penting sebagai penggerak utama, menyuarakan pendapat dan menyumbang idea, dalam pembentukan agenda baru Transformasi Nasional 2050 untuk masa depan negara. #Malaysia #UMNO #PAU2016 #TN50 #JPA #Cardiff
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Puan Anita Abdullah, Puan Rosnah Osman dan Puan Zainah Yas dari Tuaran, Sabah dah lebih 10 tahun jadi ahli UMNO. Sebelum hari ini, mereka tidak ada peluang masa untuk hadiri Perhimpunan Agung tapi tahun ini mereka bertekad nak datang dari jauh semata-mata untuk berkumpul bersama ahli-ahli UMNO membincangkan destini anak bangsa, demi agama dan negara. Saya sanjung semangat sebegini, Puan-puanlah yang buat UMNO terus kuat, bersatu dan relevan sehingga hari ini. Hidup UMNO!
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Persiapan terakhir untuk ucapan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO esok. Banyak yang saya nak sampaikan, Insya-Allah esok saya kongsikan. #PAU2016 #UMNO
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Zakaria kata walau bercerai badan dicincang empat, dia setia dan akan terus menyokong perjuangan UMNO dan BN. Dia bersama Wan Muda dan Haji Uthman adalah veteran UMNO dari Terengganu. Tak pernah 'miss' Perhimpunan Agung sejak 80an lagi. Beruntung parti keramat kita UMNO dan BN, dapat sokongan padu dan kesetiaan tidak berbelah bahagi daripada mereka. Inilah juga sumber kekuatan kita, sokongan kukuh dan padu daripada akar umbi. Alhamdulillah, terima kasih. #PAU2016 #UMNO #dulukiniselamanya #BarisanNasional
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Dulu sebelum khatan, ramai-ramai kena rendam dalam sungai, ada yang lari takut dengan tok mudim. Tadi di majlis berkhatan di Putrajaya, semua bukan main gembira kena simbah dengan paip bomba. Yelah sekarang dah tak pakai pisau, sakitnya pun cuma sekejap. #Putrajaya #Masjid #lokallense
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Kalau di Pahang ada sambal hitam, hari ini di Kampung Bukit Changgang saya dapat merasa masakan Jawa sambal hijau. Cicah dengan ubi rebus, pedas tapi sedap! #foodie #iCalories #Pahang #Selangor
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Someone tapped on my back and it was a pleasant surprise to see Canada's Prime Minister Justin Trudeau coming over to greet me. Canada was one of the first countries to establish diplomatic relations with us and I believe that we can further enhance growth in our bilateral trade relations.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Begitu indah dan cantik Negeri di Bawah Bayu di kala pagi tadi. #Sabah #lokallense #Malaysia
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Had a pleasant evening with a full room of Malaysian diaspora and students in Beijing yesterday, over dinner. Entertained by World renowned Malaysian pianist Claudia's beautiful music too!
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Dropped by to thank our dedicated team who made this visit a successful one, and also to check out the delicious Nasi Kotak that they had been eating. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program di China.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Indah Masjid Dongzhimen yang saya kunjungi hari ini untuk solat Jumaat. Masjid ini dipercayai dibina pada zaman Dinasti Yuan sekitar abad ke-12, sebelum bangunan ditambah baik pada abad ke-16 ketika zaman Dinasti Qing. Walaupun reka bentuk masjid dan golongan yang mengimarahkannya berbeza dari tempat ke tempat, tetapi semuanya hadir untuk tujuan yang serupa, untuk sujud kepada Yang Maha Esa.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
I appreciate President Xi Jinping's gracious hospitality, especially the high-level reception that has been given to me and the members of my delegation. Malaysia and China's relations are at the best they have ever been.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Di dalam Keretapi Berkelajuan Tinggi Hexie Hao ke Tianjin. Kami mengambil masa 30 minit untuk perjalanan 117 km antara Beijing dan Tianjin. Perjalanan yang selesa dan pantas.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Good Guanxi or a cordial relationship is crucial to bilateral and business success, especially in China. China is a gracious host and Prime Minister Li Keqiang's warm welcome today is a testament of the close relationship between our two countries. 谢谢! #Malaysia #China
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Saya akan ke China untuk lawatan rasmi beberapa hari, jadi kucing-kucing saya ni akan jadi tuan rumah, bersuka-rialah mereka nanti. #cats #catsofinstagram #ilovemycat #kucing #China
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Kalau dulu rakyat Malaysia yang minat lumba motosikal tonton pelumba barat seperti Mick Doohan dan Valentino Rossi di kaca televisyen, hari ini kita ada pelumba kita sendiri yang dikenali serata dunia. Hafizh Syahrin, Adam Norrodin, dan Khairul Idham Pawi akan bawa nama Malaysia di Motorcycle Grand Prix Malaysia 2016 hujung minggu ini di Sepang. Ayuh sama-sama kita turun berikan sokongan! #MotoGP #Sepang
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Di Kejohanan Golf CIMB Classic 2016 tadi, teringat Allahyarham Ayahanda Tun Razak dulu pun sangat minat golf. Walaupun jarang ada masa main, handikapnya 16.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Kucing saya ni namanya Simba. Bila kita nak ambil gambar dia, bukan main pandai bergaya. Nampak saja garang, sebenarnya comel dan manja. #catsofinstagram #cats #cute #kucing #malaysia
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Petang ini siapa ada kelapangan? Ayuh ke Kompleks Bunga Raya, kita sambut wira dan wirawati Paralimpik kita pulang dari Rio! #Paralimpik #MalaysiaBoleh #Heroes #SelamatPulangWira
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Indah Kubah Masjid As-Syakirin di Bintulu, Sarawak, tempat saya solat Jumaat hari ini. #LokalLense #Malaysia
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Dijamu hidangan pencuci mulut tadi oleh Chef Jordan Pow, orang Sekinchan yang buka restoran di Laos. Nasi pulut hitam dengan santan, kelapa dan ais krim. Manis dan berlemak, sedap. Nampak gaya kena senam lebih bila balik nanti. #ASEAN #Food #Calories
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Alhamdulillah, semalam dapat makan Nasi Lemak Tanglin. Dah lama tak makan. Terubat rindu. #LokalLense #NasiLemak #cravings
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Memandang Tugu Negara semalam, saya diselubungi perasaan sebak, wajah para perwira kita yang telah terkorban dalam usaha memelihara keamanan dan keharmonian negara bermain di fikiran saya. Ramai dalam kalangan kita lalai, ambil mudah kemerdekaan dan keamanan yang kita ada pada hari ini, walhal untuk mengecapinya bukan perkara mudah. Para perwira kita berkorban nyawa, bermandi darah untuk mencapai dan mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian yang kita ada hari ini. Mari kita ambil sedikit masa, kita ucapkan terima kasih dan sedekahkan Al-Fatihah kepada perwira-perwira kita yang telah pergi dahulu sebelum kita. Terima kasih para perwira, Al-Fatihah.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Di bawah naunganmu, Kami semua bersatu! Jalur Gemilang! #Malaysia #SehatiSejiwa #Merdeka #JalurGemilang #LokalLense
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Kepada wira dan wirawati Rio 2016 kita, sambutan hangat pagi tadi dengan sorakan dan tepukan gemuruh adalah penghargaan ikhlas daripada kami semua rakyat Malaysia! #RioOlympics2016 #Malaysia #1Malaysia #KamiTeamMalaysia
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Setiap kali saya ke Sabah, saya rasa terpesona dengan kemegahan Gunung Kinabalu, khazanah negara kita dan bukti kekuasaan Allah SWT. Masya-Allah. #Malaysia #Kinabalu #LokalLense
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Seorang warga emas datang ke meja saya tadi selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands. Encik Davianan menyerahkan sendiri satu nota, yang saya minta pegawai saya terjemahkan. Nota ini sangat menyentuh hati saya. Beliau kata terima kasih kepada saya kerana telah membantunya mendapatkan geran tanah untuk pertanian dan perumahan, yang membolehkan beliau mencari nafkah hidup. Ketika itu saya bertugas sebagai Menteri Besar Pahang. Dalam menunaikan tugas, saya tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab saya. Namun, nota terima kasih ini amat bermakna dan menceriakan hari saya. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berbakti kepada semua dan akan saya teruskan.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Tak kira warna pingat, yang penting usaha dan semangat. Terima kasih wira dan wirawati Olimpik #Rio2016 kita. #Malaysia #Olympics
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Bertemu dengan pelumba GP2 negara, @nabiljeffriofficial sebentar tadi. Beliau bercita-cita untuk jadi pelumba F1 menjelang tahun 2018. Insya-Allah, sama-sama kita beri sokongan kepada usahanya harumkan nama negara dalam sukan permotoran.
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Suasana yang nyaman di hening awal pagi ini di Sedili, Kota Tinggi sebelum nelayan keluar ke laut mencari rezeki. Pemandangan sebegini menenangkan hati dan fikiran, indah dan sejuk mata memandang. #Johor #Malaysia #lokallense
Наджиб Разак в Instagram - фото
Официальный инстаграм аккаунт Наджиба Разака
Bersama 3 Felo Perdana saya bagi tahun ini, @hariz.nasir, @azman_w dan @sitinurliza. Selamat datang ke Pejabat Perdana Menteri, saya harap anda semua dapat raih pengalaman bermakna sepanjang berada di sini, Insya-Allah.